Rekaan logo adalah berdasarkan imej figura manusia yang sedang membaca di atas abjad “A” dan logo ini terbahagi kepada 4 warna. Simbolik figura pada huruf A”A mewakili orang awam/ahli perpustakaan.
Warna Jingga
Melambangkan kreativiti, kejayaan dan galakan.
Warna Coklat Muda
Melambangkan persekitaran dunia ilmu.
Warna Hijau Muda
Melambangkan kebijaksanaan dan kearifan.
Warna Kelabu
Adalah warna kekuatan dan kekuasaan.
____________________________________________________________________________
PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) adalah sebuah Badan Berkanun Negeri yang telah beroperasi selama 40 tahun sejak penubuhannya pada 1971.
Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor 1968 yang diwartakan dalam Warta Kerajaan No. 5, bertarikh 27 Mac 1969 serta Warta Kerajaan No. 7, 1975 (pindaan menetapkan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor sebagai sebuah badan berkuasa untuk menyediakan kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan awam bagi semua golongan masyarakat di Negeri Selangor.
Pada tahun 1971, satu Lembaga Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor telah dibentuk bagi memulakan sebuah Perpustakaan Awam di Negeri Selangor. Langkah pertama kea rah ini ialah dengan pengambilalihan Kelab Buku Kuala Lumpur pada 20 Oktober 1971 untuk dijadikan sebagai Ibu Pejabat Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.
Perpustakaan ini kemudian berpindah ke Shah Alam pada 16 November 1986. Pada 15 Mac 1988,perpustakaan ini diberi nama Perpustakaan Raja Tun Uda (RATU) merupakan sebuah Perpustakaan Negeri yang juga menjadi ibu pejabat bagi Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor dan berfungsi mentadbir, menyelenggara serta menyelaras perpustakaan-perpustakaan di seluruh Negeri Selangor.
Sejak ditubuhkan pada tahun 1971, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor bergerak seiring dengan wawasan Kerajaan Negeri Selangor dan hingga kini Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor mempunyai 92 pusat perkhidmatan seperti berikut :
Jenis Perpustakaan | Bilangan Perpustakaan |
Perpustakaan Negeri / Pusat | 1 |
Perpustakaan Daerah | 7 |
Perpustakaan Cawangan | 4 |
Perpustakaan Pekan | 7 |
Perpustakaan Desa | 53 |
Perpustakaan Desa (PNM) | 17 |
Perpustakaan Bergerak | 3 |
JUMLAH | 92 |
____________________________________________________________________________
VISI
Menjadi pusat pembelajaran sepanjang hayat yang dapat membina kekuatan spiritual, emosi dan intelektual.
____________________________________________________________________________
MISI
- Memperkaya dan memperkasa masyarakat melalui perkhidmatan perpustakaan yang relevan, mudah capai dan berkualiti tinggi.
- Membangunkan prasana perpustakaan yang lengkap, selesa, kondusif serta terkini bagi memenuhi keperluan masyarakat.
- Merealisasikan sebuah pusat pengumpulan koleksi negeri.
- Membantu Kerajaan Negeri menurunkan kadar jenayah dan gejala sosial.
____________________________________________________________________________
SLOGAN
Selangkah ke Perpustakaan, Sejuta Senyuman, Sekali Klik, Sejuta Maklumat.
____________________________________________________________________________
TAGLINE
PPAS Rumah Keduaku
PPAS My Second Home
____________________________________________________________________________
MASKOT
Ø Menubuhkan, mengurus dan menyelenggara Perpustakaan Awam Negeri dan Perpustakaan-Perpustakaan di Daerah.
Ø Menyediakan prasarana bagi memudahkan masyarakat mendapatkan ilmu dan maklumat terkini.
Ø Mengurangkan jurang digital di antara masyarakat Bandar dan luar Bandar.
Ø Membudayakan masyarakat dengan budaya membaca.
Ø Membantu merealisasikan agenda dan wawasan Kerajaan Negeri.
____________________________________________________________________________
PIAGAM PELANGGAN
1. Memproses permohonan pendaftaran keahlian perpustakaan dalam tempoh satu (1) hari bekerja dengan syarat ianya lengkap dan betul.
2. Memastikan urusan pinjaman bahan perpustakaan diselesaikan dalam tempoh dua (2) minit bagi setiap pelanggan kecuali waktu sesak.
3. Memberi layanan secara professional, prohatin, ceria dan efisien kepada semua pelanggan.
4. Membangunkan sumber maklumat dan menyediakan kemudahan capaian (easy access) maklumat kepada pengguna.
5. Membina dan menyediakan kepelbagaian format informasi bagi memenuhi keperluan masyarakat.
6. Menjejaki masyarakat bagi membudayakan ilmu sepanjang hayat.
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________